Friday, 1 May 2015

Menyahut salaman orang yang baru selesai bersin

Merujuk kepada isu jemaah sebelah yang bersin lalu menutup mulut dan hidung dengan tangan kanannya kemudian menghulurkan tangannya pada kita untuk bersalaman dengan kita. Apa reaksi kita?

Sebagai penerangan, Sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Nabi saw. Sebaiknya jika kita bersin hendaklah menggunakan tangan kiri untuk menutup atau membuang ingus seperti yang diajarkan oleh Nabi saw.Dengan itu tangan kanan tetap boleh digunakan untuk menghulurkan salam kepada yang lain dan tidak menimbulkan masalah dalam perhubungan sesama manusia.
Menjawab persoalan apa tindakan saya dalam keadaan begitu. Jika si jemaah itu menghulurkan tangan bekas ingusnya pada saya untuk bersalam, maka saya akan bersalam dengannya kemudian di belakangnya saya akan segera cuci. Jika dia tidak menghulurkan tangannya, maka saya tidak akan mula menghulur tangan untuk bersalaman dengannya.Sebelum imam habis berdoa saya akan berundur ke belakang solat sunnat dan zikir sendiri.
Mudah-mudahan perkongsian ini bermanfaat. Kerana masalah ini kerap berlaku, kadang-kadang pada diri kita kadang-kadang daripada orang lain. Yang penting tunjuk ajar atau ajaran Nabi saw diamalkan pasti tidak mendatangkan masalah dalam hidup bermasyarakat.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.