Friday, 1 May 2015

Solat 'sedekah'

Assalamu'alaikum ustaz.
Saya ingin bertanya. Saya sudah solat Isyak berjemaah di masjid, adakah dibolehkan untuk saya solat Isyak berjemaah sekali lagi di rumah bersama isteri saya? Ini supaya isteri saya juga dapat fadhilat berjemaah kerana tidak dapat ikut serta ke masjid kerana menjaga anak di rumah.
Terima kasih.


Waalaikumsalam wr,
Boleh, ini dinamakan solat 'sedekah', berdasarkan hadits yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dari Abu Sa’id Al Khudri berkata;

"Seorang lelaki masuk ke dalam masjid sedang Rasulullah saw dan para sahabatnya telah melakukan shalat, maka Rasulullah saw pun bersabda: "Barangsiapa ingin bersedekah kepada orang ini hendaklah ia shalat bersamanya," lalu berdirilah seorang lelaki dan shalat bersamanya.

 

Oleh itu anda boleh menemani solat berjemaah bersama isteri agar dia mendapat pahala berjemaah dan pula mendapat pahala solat wajib di masjid dan solat kedua anda dikira solat sunnat.
Wallahu A'lam


Ustaz Abdul Rahman Mohamed | Fiqh Consultancy & Services | Fiqhonlinestore.com

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.